Fikirkan...
ramai manusia yang mengakui dia Islam,
tetapi adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam?
Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran?
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan...
kita sedang bernafas sekarang...
adakah kita gunakan hayat kita dgn sebaiknya?...
adakah kita bersyukur dgn nikmat ini?...
Fikirkan...
kita sihat tanpa penyakit buat masa sekarang....
adakah kita gunakan masa sihat kita dgn sebaiknya?...
Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit?...
Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..
SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?...
Fikirkan...
kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta..
adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah?...
Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala?...
Adakah kita berhias mengikut cara Islam?...
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?...
Fikirkan...
kita dapat berhibur (melalui cara terbatas)...
tetapi kadang-kadang kita terlupa...terlebih berhibur...lalai dan leka...
Fikirkan...
kita hidup di Malaysia...negara yg aman drpd peperangan...
kita dpt tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata...
Tidak seperti di Iraq, Palestin dan sebagainya...
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?..
Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.
“Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira...
Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!”
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..Kita lupa…lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, “Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!”
Tetapi kita tidak sedar..kita tak tanamkan dlm diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..
nice =)
ReplyDeletemanusia memang cepat lupe dan perlu ingat mengingati..
salam tuan blog..
ReplyDeleteentri yg bagus..sama2 muhasabah diri..
salam nuzul quran..
jaya jr: yup..betul tu..jom kita ingat mengingati..
ReplyDeletesis92: salam...