klik..!!..klik..!!..

Sunday, December 14, 2014

..:: Pembuka Segala Doa ::..

.:: Salam::.

Pembuka Segala Doa

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Segala kepujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam..
Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia pesuruh-Nya, serta atas keluarga dan sahabt-sahabatnya sekalian..

Ya Allah wahai Tuhan kami..
kurniakanlah kepadaku keinginan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah junjungan kami Nabi Muhammad SAW awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadahnya dan amal baktinya..

Ya Allah wahai tuhan kami..
hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, dan matikanlah aku dalam keadaan beriman dan masukkanlah aku ke syurga dalam keadaan beriman..

Ya Allah ya Tuhan ku...
ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku..dan cucurkanlah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana mereka membela aku semasa aku masih kecil..
dan ampunkanlah dosa semua org-org Islam lelaki dan perempuan dan semua org yg beriman sama ada lelaki atau perempuan..

Ya Allah ya Tuhanku...
kurniakanlah kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di dalam akhirat..
dan peliharalah aku daripada azab neraka..
barang dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam..

Amin Ya Rabbalalamin..

Wednesday, November 26, 2014

Salam...
Lama miss cendoi menyepi..maafkan saya..
bukannya apa..miss cendoi manis yang x berapa nak manis sgt2 sibuk kebelakangan ni...
ceh..!!..sibuk la sgt kannnn...
cendoi manis skang dah x busy mcm sebelum ni..sebelum ni sibuk study..
sibuk dengan tranformasi di tempat kerja..sibuk dengan menggemokkan diri..
sibuk dengan kawan2 sosial..dan macam2 sibuk lagi lah..
tapi dalam sibuk2 cendoimanis pun perkara yang dituntut oleh Allah tetap cendoimanis lakukan...insyaaAllah.. 
jumpa lagi next entry..

**wassalam**