klik..!!..klik..!!..

Sunday, December 14, 2014

..:: Pembuka Segala Doa ::..

.:: Salam::.

Pembuka Segala Doa

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Segala kepujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam..
Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia pesuruh-Nya, serta atas keluarga dan sahabt-sahabatnya sekalian..

Ya Allah wahai Tuhan kami..
kurniakanlah kepadaku keinginan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah junjungan kami Nabi Muhammad SAW awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadahnya dan amal baktinya..

Ya Allah wahai tuhan kami..
hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, dan matikanlah aku dalam keadaan beriman dan masukkanlah aku ke syurga dalam keadaan beriman..

Ya Allah ya Tuhan ku...
ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku..dan cucurkanlah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana mereka membela aku semasa aku masih kecil..
dan ampunkanlah dosa semua org-org Islam lelaki dan perempuan dan semua org yg beriman sama ada lelaki atau perempuan..

Ya Allah ya Tuhanku...
kurniakanlah kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di dalam akhirat..
dan peliharalah aku daripada azab neraka..
barang dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam..

Amin Ya Rabbalalamin..