klik..!!..klik..!!..

Saturday, February 11, 2012

***Alhamdulillah... syukur padaMu Ya Allah..***

..::Salam::..

result exam master aku dah keluar...
Alhamdulillah..Lulus....
boleh sambung pengajian untuk next sem..
azab sungguh aku rasa nak habiskan pengajian ni..
manakan dgn kerja di sekolah lg..assgmnt yg melambak2..
teringat aku bila kene buat review 30 artikel jurnal..
mak aaihh..x bertegur dgn housemate di buatnya..
dia guna pc ngadap utara aku guna laptop ngadap selatan...
satu hari x mkn x berckp..duk pulun siapkan assgmnt...huh..!!..
artikel plak dr mcm2 jurnal..jurnal of sports physiology...jurnal of sports medic..etc..
kalau dlm bahasa ibunda senang sket...huhu...

tapi..dengan berkat kesabaran, mengaji dan doa yg tak putus2kepada Allah...
Alhamdulillah aku dpt PNGK 3.81...
mr housemate pulak...berkat mengaji tiap2 malam dan berdoa..
dia dpt PNGK 3.74...
so..pada adik2 yg nak berjaya dalam exam...
jgn lupa mengaji, solat dan berdoa kpd Allah minta dibukakan pintu hati utk mudah menerima pelajaran..

sekian...
..::Wassalam::..

Tuesday, February 7, 2012

***Semoga bahagia..!!..***

..::Salam::..

adik aku dah besar panjang...
dah kawen....!!..
senang jadi adik lelaki yg mempunyai ramai kakak..
semua bagi kat kakak2 wat kerja utk perkahwinan dia..
hurrmm...disebabkan syg kat adik kan..
so, akak gak yg buat...


semasa hari akad nikah...
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
sama cantek sama padan..bagai pinang dibelah dua.. :)

sekian..
..::Wassalam::..

Wednesday, December 28, 2011

***True story - It's happen again***

..::Salam::..

Keistimewaan membaca Al-Quran siang dan malam...
bersyukur sgt2 di atas apa yg Allah berikan pada aku sehingga ke hari ni...
hikmah di sebalik membaca al-Quran selama ini...
aku dengan mudahnya menjawab soalan final exam...
ini berlaku pada diriku semasa aku mengambil SPM 13 tahun yg lepas...
nasihat dari seorang guru senior yg mengajar matematik dimana dia tidak putus2 menyuruh aku mengamalkan membaca 5 surah selepas setiap kali solat fardhu..
dari tingkatan 4 lagi aku mengamalkannya...
dan Alhamdulillah...
aku diberi hidayah oleh Allah untuk menumpukan topik2 yg keluar exam..

berlaku pada waktu aku mengambil exam subjek biologi...
mlm tu ntah tiba2 aku terjaga dari tidur terus buka buku nota biologi...sempat hafal beberapa topik...
dan keesokan harinya...
terkejut aku tengok soalan yang keluar adalah topik yg baru aku hafal mlm tu...

macam x percaya...tetapi itulah kelebihan mengaji al-Quran...

ia berlaku lagi pada tahun ni..di mana aku mengambil final exam untuk peringkat sarjana...
aku tidak mengamalkan 5 surah tu..
tetapi aku mengamalkan 2 surah yg diberi oleh seorang perubatan islam..

dan Alhamdulillah...sekali lagi 2 paper exam yg baru lepas ni aku boleh jawab dengan baik..
sebelum tu aku rasa x sedap hati untuk menghadapi peperiksaan ini..
memandangkan subjek yg aku ambil ni sgt susah..
tiba2 aku terus buat soalan ramalan sendiri...siap buat jawapan bertaip lagi...
kemudian boleh share sama kawan2 yg lain...
dan bila hari peperiksaan sekali lagi aku terkejut...
soalan ramalan yang aku buat mmg tepat belaka..

syukur Alhamdulillah...berkat mengaji al-Quran...
dan bila aku tanya kawan2 yg lain 80% menjawab soalan seperti mana jawapan soalan ramalan aku...
"Kesan latihan fartlek terhadap daya tahan kardiovaskular pemain-pemain bola keranjang Negeri Pahang"
heeeeee~....
tapi kedua2 paper yg aku jawab x cukup masa...naik lenguh tangan aku menjawab...
harap2 dapat keputusan yg bagus nnt...

wassalam
..::Sekian::..

Sunday, October 9, 2011

***Menyayangi dan Disayangi***





..::Salam::..


Apabila seseorang wanita itu berkahwin...
pastilah dia amat mengharapkan kebahagiaan dan kasih sayang yg berkekalan drpd suaminya...
Jika ada wanita yang menafikan hal tersebut...
itu hanyalah menunjukkan kesombongan dan sifat hipokritnya...
Ingin menyayangi dan disayangi...
Hakikatnya adalah fitrah yg telah ditetapkan oleh Allah ke atas hamba-hambaNya...


“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”.

“Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.

..::Wassalam::..


Wednesday, October 5, 2011

***Diriku Semakin Alpa***

Ya Allah...
Aku memohon ampun padaMu Ya Allah...
Dari setiap kelazatan tanpa mengingatiMu...
Dari setiap ketenangan tanpa menyertaiMu...
Dari setiap kebahagiaan tanpa mendekatiMu...
Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...

Allahu Lathif...
Wahai tuhan yang Maha Lembut...
Lembutkanlah hatiku sepertimana telah Engkau lembutkan hati para kekasihMu...
Lembutkanlah hatiku untuk sentiasa ingat padaMu...
Untuk sentiasa bermunajat padaMu...
sepertimana kelaziman para kekasihMu...

Ya Allah...
Aku berlindung dari keras dan matinya hatiku...
Ya Lathif...
Wahai yang Maha Lembut...
Berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti...
Aku bermohon dengan sifat Maha LembutMu..
Agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku...

Amin...Amin...Ya Rabbal a'lamin...

Saturday, October 1, 2011

***Bersihkan Hati...Perbaiki Diri...***

..::Salam::..

manusia tidak ada yang sempurna...tambahan pulak pasangan suami isteri...pastinya banyak kekurangan disana sini...

Apabila seseorang lelaki telah menikahi pasangannya, mereka bagaikan pakaian bagi satu sama lain...dan fungsi utama pakaian adalah menutup aurat... bermakna suami isteri harus berusaha menutupi aib pasangannya dan tidak boleh menceritakan kepada orang lain walaupun keluarga sendiri..

adalah kurang bijak sekiranya kelemahan seorang yg kita panggil suami dicanang atau dihebahkan utk tatapan umum..apa pun kelemahan suami itu adalah rahsia rumah tangga..baik buruk perangainya dia tetap suami kita yg perlu dijaga aibnya...ingat la para isteri.. jgn lah asyik membicarakan kekurangan suami seakan lupa dgn diri sendiri... seolah diri sendiri sempurna tiada cacat dan cela...

“Dari Abu Sa’id al-Kudriy, IA berkata, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya manusia yang paling jelek kedudukannya di Hari kiamat adalah seorang laki-laki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian membeberkan rahasia (isteri)-nya tersebut.” (HR. Muslim)

Manusia penuh dengan kekhilafan, termasuklah suami...sebaik baik suami pasti mempunyai kekurangan, aib, cacat dan cela... Akan lebih baik jika kita simpan semua kekurangan itu...sibukkanlah diri ini utk memperbaiki aib kita sendiri... jgnlah kita menghabiskan masa menghebahkan kekurangannya.. sesungguhnya orang yg suka mencari kesalahan orang lain utk dicanangkan kepada org lain... Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membalas dgn membongkar aib walaupun ia berada di dlm rumahnya...Nauzubillah...

Ketahuilah bahawa suami adalah separuh dari kita...menceritakan kekurangannya sama seperti menelanjangi diri kita sendiri... Ingatlah, sesiapa yg menutup aib seorang muslim yg demikian keadaannya... Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menutup aib di dunia dan di akhirat....

wallahualam...

~Nasihat utk diri sendiri juga~

..::Sekian::..

Wednesday, August 17, 2011

***Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku...***

...Salam...

Fikirkan...
ramai manusia yang mengakui dia Islam,
tetapi adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam?
Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran?
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan...
kita sedang bernafas sekarang...
adakah kita gunakan hayat kita dgn sebaiknya?...
adakah kita bersyukur dgn nikmat ini?...

Fikirkan...
kita sihat tanpa penyakit buat masa sekarang....
adakah kita gunakan masa sihat kita dgn sebaiknya?...
Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit?...
Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..
SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?...

Fikirkan...
kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta..
adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah?...
Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala?...
Adakah kita berhias mengikut cara Islam?...
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?...

Fikirkan...
kita dapat berhibur (melalui cara terbatas)...
tetapi kadang-kadang kita terlupa...terlebih berhibur...lalai dan leka...

Fikirkan...
kita hidup di Malaysia...negara yg aman drpd peperangan...
kita dpt tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata...
Tidak seperti di Iraq, Palestin dan sebagainya...
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?..
Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira...

Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!”

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..Kita lupa…lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, “Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!”

Tetapi kita tidak sedar..kita tak tanamkan dlm diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..