klik..!!..klik..!!..

Wednesday, August 17, 2011

***Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku...***

...Salam...

Fikirkan...
ramai manusia yang mengakui dia Islam,
tetapi adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam?
Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran?
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan...
kita sedang bernafas sekarang...
adakah kita gunakan hayat kita dgn sebaiknya?...
adakah kita bersyukur dgn nikmat ini?...

Fikirkan...
kita sihat tanpa penyakit buat masa sekarang....
adakah kita gunakan masa sihat kita dgn sebaiknya?...
Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit?...
Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..
SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?...

Fikirkan...
kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta..
adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah?...
Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala?...
Adakah kita berhias mengikut cara Islam?...
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?...

Fikirkan...
kita dapat berhibur (melalui cara terbatas)...
tetapi kadang-kadang kita terlupa...terlebih berhibur...lalai dan leka...

Fikirkan...
kita hidup di Malaysia...negara yg aman drpd peperangan...
kita dpt tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata...
Tidak seperti di Iraq, Palestin dan sebagainya...
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?..
Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira...

Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!”

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..Kita lupa…lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, “Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!”

Tetapi kita tidak sedar..kita tak tanamkan dlm diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..


Saturday, July 16, 2011

***...Age Just A Number...***



..::Salam::...

semakin bertambah hari...semakin bertambah usia kita...
ini bermakna byk pengalaman n pengajaran yg kita kutip di muka bumi ini...
maybe kita x sedar masa yg berlalu bawa bersama sebahagian drpd jangka hayat kita...
maybe gak ramai yg berterusan berpegang pada kata "age just a number"...
aku terpengaruh gak dgn pegangan barat ni tapi bila dipikir2kan blk sebenarnya usia kita bukanlah hanya angka yg akan berubah setiap tahun...
usia melambangkan kematangan..!!..
aku sgt setuju dgn yg satu ni tapi ada gak org yg selalu mensia2kan usia diorang...
"ala...esokkan masih ada..."
kata2 tu selalu keluar dr mulut org yg pandang remeh soal masa n usia...
selalu gak kita dgr "ala...aku bknnya nk mati sok pun.."...betol ke??...
siapa tau ajal n maut ditngn tuhan..entah2 blom abeh ayat yg kita nk sebut dah KO...

di awal2 30-an ni aku selalu memikirkan berkaitan kehidupan aku...
aku menulis ni sekadar mengingatkan diri sendiri... tahun ni bertambah lagi usia aku...
aku semak2 blk selain usia apa lg yg bertambah dlm hidup aku...
bertambah gemuk ke aku...bertambah kaya ke...bertambah bahagia ke atau bertambah dosa aku?....
Nauzubillah....

semakin lama kita hidup di muka bumi ni rasanya semakin byk garam yg kita mkn...
semakin byk ilmu dunia n akhirat yg kita simpan...
mmg aku sentiasa nak kan yg terbaik n lebih baik utk masa2 akn dtg...
tapi camne usaha aku utk mencapai yg terbaik selain drpd mengikut arus perubahan n biarkn diri dimamah usia....

aku terpikir pencapaian peribadi aku sendiri...camne ngan pencapaian dunia kerjaya aku...sbg anak...sbg isteri..masyarakat..juga hamba Allah...
ade ke sama mcm thn2 seblm ni...atau makin buruk prestasinya...
huurrmmm...aku x bley leka lg...!!...
jika aku tgk diri aku masih ditakuk lama...aku kena buat sesuatu bermula dari hari ni...
yup..!!..usia bkn pada angka yg akn berubah..
tapi sesuatu yg sgt bermkna yg perlu aku nikmati sepuas2nya...
terima kasih mak kerana membesarkan aku hingga ke hari ni...
aku akan kenang jasa mak hingga akhir hayat aku....
akan jadi org yg berguna di dunia n di akhirat...


sekian...
..::wassalam::...

Saturday, July 9, 2011

***...champs of FA CUP 2011...***




..::Salam::..

09hb July 2011...8.30pm...
final match of FA CUP 2011 at the Petaling Jaya Stadium in Kelana Jaya...
NPNG-Emkay fc vs MPSJ...


and the winner is......

.....NPNG-Emkay FC.....



WAGS of NPNG-Emkay FC...

We are the champions my friends
And we'll keep on fightin' till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
Cause we are the champions of the world....

sekian...
...::Wassalam::...

Tuesday, July 5, 2011

***...part of my life...***



...::Salam::...

im so blessed to hv such wonderful friends around me.....
in any situations..u guys are always there for me.....
luv u my friends.....no matter wut.....
im happy with wut i have today


u'r will always be my bf n sis forever...
may Allah bless each one of you...
....aminnn..:):):)

sekian...
...::Wassalam::...

Wednesday, June 15, 2011

***Selamat Ulangtahun Sayang***

..::Salam::..
14/06/2011
(6 tahun perkahwinan)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Wednesday, June 8, 2011

***main conteng-conteng tangan...***



..::Salam::..

selalunya perkataan conteng ni sinonim dengan budak2...
budak2 mmg suka menconteng...
tambah lagi bila bdk2 yg baru belajar menulis or mewarna...

abeh semua dinding2 umah diconteng...
tapi ini bukan conteng sebarangan okeyh...
ni conteng kat atas tngan sendiri...
sure uolls pun pernah buat...

heee~..xde keje....

sekian...
..::Wassalam::..

Monday, June 6, 2011

***kenduri Kawen Lagi...***



..::Salam::..

cerita pasal kenduri kawen time cuti2 sekolah ni mmg x akan abeh...
weekend semlm aku diwajibkan pergi ke kenduri kawen sepupu housemate aku...
yelah...nnt org kata ape plak..hidup dah berkeluarga ni kena pandai jaga hati keluarga masing2...
kena la tunjuk muka...nnt org kata kita sombong pulak...
heeee~...
tapi time aku kat kenduri ni aku berkepit je ngan mak housemate aku..a.k.a mak mertua...
yelaa...aku x faham sepatah ape kalau diorng bercakap...speaking Banjar...
nasib baik ade mak jadi translator...
aku hanya senyum je bila diorng berckp2 pasal aku dlm bahasa diorng...hurmmm....xpe2..aku akan belajar bahasa itu...
sedangkan bahasa Korea pun aku bley belajar..inikan pula bahasa Banjar...

actually, ada 2 pasangan pengantin...si abang ngan si adik...(perempuan)...
bertuah makngah dpt menantu sekali 2...masing2 menantu dia org pantai timur...
sorang Kelantan..sorang lagi Terengganu...
sama2 padan...sama2 cantek...

Faris ngan pasangannya Syaimi...

fadzlun ngan suaminya...

semoga korang bahagia bersama pasangan masing2 sehingga akhir hayat...
menjadi suami isteri yang soleh n solehah berlandaskan syariat Islam...
Amiinnn....

sekian..
..::Wassalam::..